Bantuan kemudahan internet yang dibekalkan menerusi pakej perpaduan jalur lebar diharapkan mampu mengurangkan beban rakyat di negara ini.

Namun, sebilangan warga emas di Johor Bahru menyifatkan, belum ada keperluan yang mendesak buat mereka untuk memanfaatkan kemudahan itu, pada ketika ini.

Menerusi tinjauan Astro AWANI di bandaraya itu mendapati, golongan berkenaan dilihat tidak begitu teruja dengan pengumuman bantuan tersebut, pada semalam.

Jelas mereka, meskipun inisatif itu bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung golongan warga emas, namun, ianya masih lagi tidak mampu untuk menyusutkan perbelanjaan harian mereka, yang kian meningkat.